Hukum akikah untuk diri sendiri

Hukum akikah untuk diri sendiri

Dulu-dulu mungkin ibu dan ayah kita tidak mampu nak laksanakan akikah untuk kita. Mungkin ada segelintir yang mampu. Namun apabila sudah dewasa kini, timbul rasa keinsafan di hati nak laksanakan akikah untuk diri sendiri.

Jom baca tulisan kami berkenaan hal ini.

Hukum ibadah akikah

Sunnah Muakkadah bagi mereka yang mampu.

Dalil

Sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada akikahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah akikah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”. – Riwayat al-Bukhari (2839)

Bolehkah laksanakan akikah untuk diri sendiri?

Para ulama Syafieyyah berpendapat bahawa akikah dituntut ke atas al-asl (seperti ayah dan datuk) kerana dia wajib menafkahi bayi itu dan bayi dianggap faqir. Akikah hendaklah ditunaikan bukan menggunakan harta anaknya sebaliknya menggunakan hartanya sendiri. Namun apabila anak itu baligh sebelum sempat diakikahkan maka sunat bagi anak tersebut untuk mengakikahkan dirinya sendiri. – Rujuk Mughni al-Muhtaj (6/139) oleh Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah

Justeru, sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diakikahkan untuk mengakikahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya. Jika dia tidak mampu, maka tiada masalah dan tiada kehinaan terhadap perkara itu kerana Syariat tidak memberatkan seseorang atas suatu yang dia tidak mampu

Sekarang anda sudah tahu hukumnya kan? Jika anda mampu ayuhlah laksanakan ibadah akikah dengan Rania Aqiqah Services.


Sumber :

Noor, U. M. M. (2017, November 3). Al-Kafi #633 : Hukum Aqiqah Bagi Diri sendiri. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved September 12, 2022, from https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri


Baca Juga :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *