Hukum Akikah Di Mekah Atau Di Luar Negara

Hukum Akikah Di Mekah Atau Di Luar Negara

Pernahkah anda semak hukum akikah di Mekah mahupun luar negara selain Malaysia? Jika artikel ini berjaya mendapat perhatian anda untuk mencari jawapan, anda berada di tempat yang betul. Kami akan ulaskan dengan lebih terperinci.

Akikah Atas Talian (Online)

Sebelum kami pergi dengan lebih terperinci, mari telusuri mengapa akikah online diwujudkan sehingga anda boleh pilih untuk akikah online di Mekah. Sebenarnya akikah online telah banyak membantu Muslimin dan Muslimat untuk mengakikahkan anak mereka yang tersayang. 

Pada zaman dahulu, sebelum lahirnya zuriat tercinta, ibu bapa mula mencari wakil-wakil yang boleh akikahkan bayi tersebut. Dari masjid ke masjid ataupun mencari sendiri ladang ternakan yang membuat perkhidmatan untuk akikah, sungguh memenatkan!

Berbeza dengan zaman sekarang, di mana orang yang berhajat untuk akikah cuma perlu membuat carian di Google dan pilih pakej akikah yang diinginkan. Bergantung kepada agensi atau wakil yang dipilih, dalam masa seminggu, biasanya selesai akikah anak mereka.

Malah ada juga yang memilih untuk akikah di luar negara untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Tidak dilupakan juga ada yang berniat untuk berakikah di  Mekah untuk tabarruk(mengambil berkat) di situ. Tambahan pula ibadah akikah adalah ibadah yang boleh dilaksanakan melalui ‘akad wakalah’ lebih ramailah yang memilih untuk akikah online untuk memudahkan urusan.

Hukum Akikah Di Mekah Al-Mukarromah

Apa yang anda perlu ketahui adalah dalam ibadah akikah terdapat 3 perkara sunnah yang perlu dilaksanakan.

  • Pertama: Makan sebahagian daging akikah
  • Kedua: Menghadiahkan daging tersebut kepada saudara mara dan jiran.
  • Ketiga: Sedekahkan daging tersebut kepada fakir miskin

Sekiranya akikah tersebut dilaksanakan di Mekah Al-Mukarromah, maka mustahil untuk melakukan perkara sunnah yang pertama tersebut. Tidaklah ianya haram, tetapi salah satu sunnah dalam akikah tersebut tidak terlaksana.

Namun kewujudan wakil untuk akikah di Mekah Al-Mukarromah telah banyak meringankan urusan akikah ini. Hal ini kerana harga kambing di Mekah lebih rendah sekaligus menjadikan ia pilihan bagi ibu bapa yang ‘low budget’.

Sama sahaja hukum akikah di luar negara. Walaupun ibadah ini cumalah sunnat muakkad, sekiranya ianya dapat dilaksanakan pasti hati ibu bapa berasa lega. Dan disitulah peranan wakil akikah ini membantu mereka.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda:

 “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadis Arba’in An Nawawi hadits ke 36.

Pilih Akikah Mekah Atau Akikah Malaysia?

Ini semua bergantung kepada anda. Seperkara lagi yang anda perlu ingat, akikah di Malaysia sebenarnya lebih afdhal untuk melengkapkan ketiga-tiga elemen sunnah yang telah kami huraikan di atas.

Namun begitu, akikah Mekah Al-Mukarromah semakin banyak mendapat perhatian. Jika anda teruskan pembacaan, anda akan tahu mengapa.

Aturan Cara-cara Berakikah di Mekah Al-Mukarromah

Jika anda memilih Rania Aqiqah Services untuk anda cuma perlu lalui 3 langkah mudah.

  1. Akad: Lafazkan akad yang jelas dan patuh syariah selepas mengisi borang penyertaan.
  2. Akikah : Akikah dilaksanakan mengikut tarikh pilihan anda (akikah kambing) atau sehingga bilangan bahagian lembu mencukupi.
  3. Bukti pelaksanaan dan E-Sijil: Gambar/Video pelaksanaan akan dihantar melalui emel dalam masa beberapa hari selepas akikah dilaksanakan.

Mengapakah Akikah di Mekah Al-Mukarromah Menjadi Pilihan?

Ini antara sebab semakin ramai memilih untuk akikah di Mekah Al-Mukarromah:

Urusan yang lebih mudah

Jika anda lihat melalui langkah-langkah yang telah diberikan di atas, jelaslah urusan untuk akikah Mekah Al-Mukarromah adalah pendek dan tidak rumit. Kebanyakan orang yang memilih untuk akikah Mekah Al-Mukarromah adalah mereka yang tidak mahu menghadapi urusan yang sukar seperti urusan akikah tradisional.

Pembayaran atas talian

Sekarang sudah pun masuk tahun 20’s, jadi lebih ramai memilih untuk membuat bayaran secara atas talian. Jangan terkejut jika ada orang yang berjalan keluar rumah tanpa membawa wang tunai di dalam dompet.

Pembayaran atas talian atau online ini lebih mudah untuk diuruskan. Jika anda ingin membuat pembayaran kepada wakil akikah Mekah Al-Mukarromah, anda sendiri boleh semak nama wakil tersebut samada ia sah atau tidak.

Harga Haiwan Akikah Lebih Murah

Harga sembelihan sekali dengan servis penyembelihan adalah lebih murah berbanding dengan akikah tradisional. Jika anda lihat sendiri harga kambing semasa, ada yang mencecah RM500 seekor. Dengan akikah Mekah, anda boleh buat pilihan yang menepati bajet yang anda ada.

Bukti sembelihan akikah

Kebanyakan servis akikah Mekah Al-Mukarromah akan memberikan bukti sembelihan video. Seperti Rania Aqiqah Services, anda akan diberikan bukti penyembelihan melalui email dalam masa beberapa hari selepas akikah dilaksanakan.

Jadi anda tidak perlu lagi ragu-ragu samada akikah Mekah Al-Mukarromah ini sah atau tidak.

Sijil Yang Boleh dituntut

Dahulu, jika anak itu sudah diakikahkan, tiada sijil yang boleh dibuat kenangan. Tetapi dengan akikah Mekah Al-Mukarromah, sijil ini boleh dituntut secara email ataupun sijil kristal yang boleh dibuat perhiasan. Menarik, bukan?

Ini sahajalah perkongsian kami tentang hukum akikah di Mekah Al-Mukarromah. Saranan kami, pilihlah mana-mana akikah yang mengikut bajet anda. Jika tidak boleh untuk dilaksanakan pada waktu anak anda masih bayi, mungkin anda boleh tangguh dahulu sehingga anda bersedia.

Jangan tertekan sekiranya anda belum berakikah, akan ada masanya anda akan dapat akikah untuk anak tersayang. Insya-Allah.


Baca Juga :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *