Mungkin anda masih mencari-cari apakah yang dimaksudkan dengan akikah, betul? Sebab itu anda sedang membaca artikel ini. Jadi dalam tulisan ini kami ingin memberikan definisi akikah kepada anda.
Teruskan membaca.
Definisi
Bahasa
Akikah menurut bahasa bermaksud “Rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.
Istilah Syarak
Menurut istilah hukum syarak akikah ialah “Penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Dalil
حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ، يَحْيَى بْنُ خَلَفٍ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ، أَنَّهُمْ دَخَلُوا عَلَى حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ فَسَأَلُوهَا عَنِ الْعَقِيقَةِ، فَأَخْبَرَتْهُمْ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَهُمْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ . قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَلِيٍّ وَأُمِّ كُرْزٍ وَبُرَيْدَةَ وَسَمُرَةَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَأَنَسٍ وَسَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ . قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَائِشَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ . وَحَفْصَةُ هِيَ بِنْتُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ .
Diriwayatkan oleh Yusuf bin Mahak: Mereka mendatangi Hafsah binti ‘Abdur-Rahman untuk bertanya kepadanya tentang akikah. Dia memberitahu mereka bahawa ‘Aisyah telah memberitahunya, bahawa Rasulullah (ﷺ) memerintahkan mereka bahawa untuk seorang lelaki, dua ekor kambing mencukupi, dan untuk seorang perempuan satu ekor kambing.
Kini adakah anda sudah faham maksud akikah? Jom laksanakan akikah anda dengan kami hari ini.
Baca Juga :